IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Serba Tidak Menjadi, Manchester United Tumbang Kepada Fulham.

Pemburuan Manchester United untuk merangkul gelaran juara liga musim ini tergencat seketika apabila tumbang 0-3 di Craven Cottage kepada Fulham, terima kasih kepada inspirasi Bobby Zamora.

Danny Murphy membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari jarak 30 ela pada minit ke-22 apabila memanipulasi kesilapan Paul Scholes dan Zamora meneruskan prestasi cemerlangnya musim ini dengan gol kedua sebaik bermula babak kedua.

Itu adalah gol kelimanya dari empat perlawanan dan pemain itu yang menjadi sasaran ejekan penyokong kelab itu tiga minggu lalu tetapi tersenyum puas apabila kedengaran penyokong menjerit namanya dan memberikan tepukan gemuruh ketika dia meninggalkan padang.

Bekas pemain West Ham itu kemudian membantu melengkapkan kemenangan bergaya Fulham apabila melakukan gerakan yang disudahkan oleh Damien Duff pada minit ke-76.

Skuad United kini dibelenggu kebimbangan berikutan ini adalah kekalahan kedua dari tiga perlawanan liga mereka dan sesuatu perlu dilakukan untuk mengesan kelemahan di setiap bahagian.

Kehilangan kreativiti dan keyakinan, senarai kecederaan yang menimpa pemain mereka ternyata meragut peluang kelab itu untuk menyamai mata pendahulu liga, Chelsea dan memberikan mereka kekalahan kelima dalam liga musim ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)