IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Rooney Mengganas Dengan Empat Gol.

Wayne Rooney menjaringkan empat gol sensasi ketika membelasah Hull City 4-0 di Old Trafford semalam sekaligus mengangkat kedudukan Manchester United selaku pendahulu EPL yang baru mengatasai Arsenal dan Chelsea dengan kelebihan dua mata.

Setelah membuka tirai jaringan seawal minit ke-8, Rooney bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga lapan minit terakhir untuk meledakkan gol kedua dalam perlawanan itu.

Gol ketiganya pada minit ke-86, jaringan keempat hatriknya bersama United musim ini, dihasilkan menerusi tandukan selepas dia menerima hantaran cantik dari Nani sebelum dia menutup malam gemilangnya dengan gol keempat dengan rembatan leret pada masa kecederaan.

Ia sekadar mengesahkan kedudukan Rooney selaku penggempur utama United apabila turun dalam saingan Piala Carling pada hari Rabu nanti dan memberi suntikan tambahan buat Sir Alex Ferguson yang sebelum ini didesak meletak jawatan oleh para penyokong United.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)