IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Manchester United Ternyata Lebih Hebat Berbanding Arsenal.

Manchester United menundukkan musuh ketatnya dalam perebutan gelaran juara liga musim ini, Arsenal 3-1 di Stadium Emirates untuk menakluki takhta liga satu mata mengatasi Chelsea.

Nani membuka tirai jaringan pada minit ke-33 apabila bola lambungannya disalah agak oleh Manuel Almunia sebelum penyerang England, Wayne Rooney menggandakan kedudukan empat minit kemudian hasil dari satu serangan balas yang pantas oleh United.

Gol ketiga dihasilkan pemain Korea Selatan, Park ji-Sung pada minit ke-52 bagi menambah luka Arsenal namun akhirnya Arsenal berjaya juga menggegar jaring United hasil jaringan Thomas Vermaelen sepuluh minit sebelum tamat perlawanan.

Arsenal yang memulakan perlawanan ini dengan lima mata di belakang Chelsea di samping bakal berdepan dengan pencabarnya itu di Stamford Bridge pada minggu hadapan, kelihatan berbahaya pada awal permainan namun United tampil dengan lagak juara apabila mereka membuktikan yang United ternyata lebih hebat berbanding Arsenal.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)