EPL – Manchester United Mudah Tundukkan Wolves.
Amarah penyokong Wolverhampton terhadap pemilihan pemain oleh pengurusnya, Mick McCarthy mewarnai kekalahan 0-3 pasukan itu kepada Manchester United dalam saingan EPL di Old Trafford semalam sekaligus memberikan Sir Alex Ferguson kemenangan ke-900nya selaku pengurus United.
Penyokong-penyokong Wolves melaungkan kata-kata kritikan selepas menyaksikan McCarthy membuat sepuluh pertukaran pemain dari skuad yang mengalahkan Tottenham Hotspur dalam perlawanan sebelum ini.
Walaupun pasukan kedua Wolves itu berusaha keras, keputusan perlawanan itu pastinya hanyalah formaliti dan andainya United sekadar bermain dengan kadar sederhana mereka tetap mampu mencatat kemenangan dalam perlawanan itu.
McCarthy dikatakan mempunyai sebab untuk membuat keputusan sedemikian kerana mereka akan berhadapan dengan Burnley pada hujung minggu ini, salah sebuah pasukan yang naik pangkat menyertai Liga Perdana bersama Wolves musim ini.
Tiga gol yang diperolehi United menerusi Wayne Rooney (penalti minit ke-30), Nemanja Vidic (minit ke-43) dan Antonio Valencia (minit ke-66) sudah memadai buat United memungut tiga mata berharga dari perlawanan ini.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.