IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Liverpool, Spurs Dan Chelsea Kembali Catat Kemenangan, Arsenal Sekadar Seri.

Graham Alexander menyempurnakan sepakan penalti untuk membantu Burnley mengikat Arsenal 1-1 dalam saingan EPL semalam.

Cecs Fabregas memberikan Arsenal gol pendahuluan pada ketika kelab itu memulakan perlawanan dengan begitu baik di Turf Moor tetapi kesalahan Thomas Vermaelen ke atas Andre Bikey memberikan Alexander peluang untuk menyamakan kedudukan.

Kedua-dua pasukan berjaya membuat percubaan yang menggegar palang, dua kali oleh Burnley manakala sekali oleh Arsenal dan disertai oleh beberapa percubaan lagi yang menarik namun kedua-duanya gagal mencari gol kemenangan.

Sepakan penalti pada babak kedua oleh Frank Lampard pula memberikan Chelsea kemenangan yang diperlukan dengan membenam Portsmouth 2-1 walaupun kelab bawahan itu pada awalnya dilihat dapat memberi saingan kepada pendahulu liga itu.

Lampard menyempurnakan penalti itu pada minit ke-78 selepas Branislav Ivanovic dikasari oleh Marc Wilson pada ketika Chelsea berjaya menamatkan badi tanpa kemenangan dalam empat perlawanan dalam semua kejohanan untuk meletakkan semula mereka di takhta liga dengan kelebihan tiga mata.

Gol itu juga memusnahkan impian bekas pengurus Chelsea, Avram Grant yang kembali semula ke Stamford Bridge selaku pembimbing Pompey dan hasratnya untuk mencuri satu mata dari perlawanan itu seakan tercapai apabila jaringan Frederic Piquionne pada minit ke-55 berjaya memadam kelebihan milik Chelsea hasil gol pendahuluan pada babak pertama oleh Nicolas Anelka.

Janji kepada penyokong Liverpool bahawa kelab itu akan mencapai sasaran berada dalam kelompok empat kelab terbaik musim ini, Rafael Benitez tahu hanya kemenangan sahaja yang mesti mereka perolehi dalam perlawanan menentang Wigan di Anfield.

Itulah yang Liverpool usahakan, terima kasih kepada gol David Ngog pada minit ke-9 dan gol kedua pada lewat permainan oleh Fernando Torres, yang dimasukkan sebagai pemain gantian.

Bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka buat pasukan tuan rumah, dengan percubaan Jason Scotland menggegar palang pada kedudukan 1-0 dan Charles N’Zogbia menghasilkan gol tunggal Wigan pada masa kecederaan untuk menamatkan perlawanan 2-1 berpihak kepada Liverpool.

Niko Kranjcar dan Jermain Defoe mencatat nama sebagai penjaring gol untuk meletakkan semula Tottenham Hotspur ke landasan kemenangan untuk mengecewakan Manchester City 3-0 di White Hart Lane dalam pertembungan merebut tempat ke saingan Liga Juara Eropah musim depan.

Pasangan penyerang itu meledakkan kedua-dua gol itu pada babak pertama untuk mencatat kemenangan pertama sejak kemenangan besar 9-1 ke atas Wigan hampir sebulan lalu, dengan Kranjcar melebarkan kedudukan dengan gol kedua peribadinya pada masa kecederaan.

City hanya perlu mengelakkan kekalahan dalam perlawanan itu untuk mencatat rekod tanpa kalah terbaik mereka sejak 1977, tetapi terlalu banyak perlawanannya yang berkesudahan dengan seri dan kekalahan ini merencatkan impian mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat kelab terbaik EPL musim ini.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)