IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Liverpool Seri Lagi, Kedudukan Benitez Semakin Goyah.

Skuad Rafael Benitez dinafikan kemenangan menerusi gol saat akhir Stoke dalam saingan EPL di Stadium Britannia semalam sekaligus meningkatkan tekanan mengenai masa depannya di Liverpool.

Liverpool menunjukkan keazaman untuk menang apabila berada di depan pada awal babak kedua menerusi pemain pertahanan Greece, Sotirios Kyrgiakos yang menolak masuk gol pertamanya sejak menyertai Liverpool.

Bagaimanapun, sikap tidak putus asa pemain Stoke akhirnya membuahkan hasil apabila menyamakan kedudukan menerusi tandukan Robert Huth pada minit ke-89.

Ia merupakan saat yang begitu menghampakan buat Liverpool yang menerima tekanan dari semua sudut dan mereka juga dinafikan kemenangan apabila tandukan Dirk Kuyt pada masa kecederaan sekadar menggegar palang gol lawan.

Benitez melakukan enam perubahan dari skuad yang tewas kepada Reading dalam saingan Piala FA minggu lalu.

Steven Gerrard, Fernando Torres, Yossi Benayoun dan Daniel Agger semuanya diketepikan kerana kecederaan manakala Alberto Aquilani dan Diego Cavalieri diletakkan di bangku simpanan.

Jose Reina, Kyrgiakos, Martin Skrtel, Javier Mascherano, Fabio Aurelio dan David Ngog kesemuanya disenaraikan dalam kesebelasan utama dengan harapan akan mengembalikan kemenangan di pihak Liverpool.

Liverpool kini perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan prestasi cemerlangnya. Andainya gagal menempatkan diri dalam kelompok empat kelab terbaik dan gagal pula layak ke saingan Liga Juara Eropah maka besar kemungkinan mereka akan kehilangan Steven Gerrard dan Fernando Torres yang bakal dipancing oleh kelab-kelab ternama Eropah.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)