IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Liverpool Gagal Catat Kemenangan Lagi.

Gol sepakan penalti Steven Gerrard pada babak kedua menyelamatkan Liverpool dari kekalahan namun ianya gagal mengurangkan tekanan buat Rafael Benitez. Liverpool seri 2-2 dengan Birmingham City dalam saingan tunggal EPL di Anfield awal pagi tadi.

‘The Reds’ kini hanya mencatat satu kemenangan dari sembilan perlawanan dan mereka sudah tentu bersyukur kerana saingan liga akan berhenti rehat selama dua minggu bagi memberi laluan kepada aksi persahabatan antarabangsa. Tempoh itu pastinya dapat digunakan untuk memperbaiki kelemahan sedia ada.

Fernando Torres langsung tiada dalam senarai pemain, difahamkan diberi pelepasan untuk memastikan kecederaannya pulih semula. Gerrard walaupun diragui kecergasannya, disenaraikan di bangku simpanan bersama Alberto Aquilani.

Glen Johnson, Albert Riera dan Martin Skrtel semuanya kembali dari kecederaan manakala Jamie Carragher menjalani hukuman penggantungan.

Liverpool bermula baik apabila penyerang mudanya, David Ngog meledakkan gol pembukaan pada minit ke-13. Bagaimanapun, pemain Ecuador, Christian Benitez menjaringkan gol penyamaan sebelum Cameron Jerome melakukan rembatan dari jarak 30 ela yang membolehkan Birmingham mendahului 2-1 pada babak pertama.

Dan hanya sepakan penalti, di mana ulang tayang di televisyen menunjukkan ianya tidak sepatutnya diberikan kerana tiada sebarang sentuhan dilakukan Lee Carsley terhadap Ngog, yang memberikan Liverpool nyawa semula.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)