EPL – Kalah Kepada Arsenal, Kedudukan Liverpool Kian Parah.
Liverpool menempah kekalahan kedua di tempat sendiri dalam tempoh lima hari apabila tewas 1-2 kepada Arsenal dalam pertembungan EPL di Anfield semalam, di mana ia sepatutnya menjadi medan kebangkitan dan azam baru bagi pasukan Merseyside itu.
Pengurus Liverpool, Rafael Benitez menegaskan yang pasukan itu bakal bangkit dengan semangat baru selepas mereka menerima kekalahan kepada Fiorentina dalam saingan Liga Juara Eropah pertengahan minggu lalu.
Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan walaupun Liverpool mendahului Arsenal hasil jaringan Dirk Kuyt empat minit sebelum tamat babak pertama dan sepatutnya menerima anugerah sepakan penalti apabila ketua pasukannya, Steven Gerrard dijatuhkan oleh William Gallas dalam kawasan penalti.
Arsenal kemudiannya mendapatkan dua gol pantas menerusi jaringan sendiri Glenn Johnson pada minit ke-50 dan jaringan kemenangan Andrei Arshavin lapan minit kemudian.
Arshavin menyumbat empat jaringan sewaktu mereka seri 4-4 musim lalu namun kali ini satu gol sumbangannya sudah memadai buat ‘The Gunners’ membawa pulang tiga mata berharga.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.