EPL – Everton Dibelasah, Barisan Muda Arsenal Mula Tunjuk Belang.
Arsenal mempersembahkan permulaan musim yang memberangsangkan apabila membelasah Everton 6-1 di Goodison Park semalam dan pada masa yang sama, Arsene Wenger percaya bintang mudanya boleh memenangi gelaran liga musim ini.
Perlawanan itu menyaksikan betapa Arsenal mudah memperkotak-katikkan barisan pertahanan Everton yang kelihatan rapuh.
Kali terakhir Everton tewas 1-6 di tempat sendiri adalah pada tahun 1958 dan Arsenal mengulangi sejarah itu dengan begitu baik.
Hantarannya, pergerakan pasukan dan penyudah yang tajam menjadikan barisan pemain Everton kelam kabut dan ‘The Gunners’ sudahpun berada tiga gol di depan pada babak pertama menerusi Denilson (minit ke-26), Thomas Vermaelen (minit ke-37) dan William Gallas (minit ke-41)
Cesc Fabregas meledakkan dua gol pada minit ke-48 dan 70 sehingga mewujudkan cadangan agar David Moyes menjual Joleon Lescott kepada Manchester City dan menggunakan wang hasil penjualan pemain itu untuk memantapkan benteng pertahanannya.
Eduardo menjaringkan gol keenam Arsenal pada minit ke-89 sebelum Louis Saha menjaringkan gol tunggal Everton pada masa kecederaan.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.