EPL – Dua Gol Kuyt Benam Cabaran Tottenham Hotspur.
Dua jaringan Dirk Kuyt memberikan Liverpool nyawa baru dalam saingan EPL musim ini dengan membenam cabaran Tottenham Hotspur 2-0 di Anfield semalam.
Penyerang antarabangsa Belanda itu meledakkan gol pertama pada minit ke-6 sebelum menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.
Kemenangan itu meletakkan Liverpool satu mata di belakang Spurs yang menduduki tangga keempat dan mengurangkan tekanan kepada pengurusnya, Rafael Benitez selepas ‘The Reds’ tersingkir awal dalam saingan Liga Juara Eropah dan Piala FA.
Apa yang penting, perlawanan itu juga menunjukkan kebangkitan Liverpool yang mengidamkan tangga keempat liga dan barisan pemainnya mempamerkan aksi serba meyakinkan dalam perlawanan itu.
Itu adalah perlawanan yang Liverpool tidak boleh kalah setelah keciciran dua mata akibat seri dengan Stoke hari Sabtu lalu dan kali ini mereka tidak boleh lagi mengecewakan para penyokong mereka di Anfield.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.