IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

EPL – Chelsea Kuatkan Semula Cengkaman Di Takhta Liga.

Chelsea bangkit dari ketinggalan satu gol sebelum membenam cabaran sengit Fulham 2-1 di Stamford Bridge malam tadi sekaligus menjarakkan diri dari pasukan di tangga kedua dengan kelebihan lima mata.

Zoltan Gera memberikan skuad bimbingan Roy Hodgson harapan awal apabila dia menjaringkan gol hanya selepas tiga minit perlawanan dimulakan dan Fulham kelihatan selesa dalam tempoh perlawanan berlangsung selama sejam.

Bagaimanapun, Chelsea meningkatkan asakannya dan dianugerahi dengan dua gol dalam tempoh dua minit. Didier Drogba memulakan kebangkitan Chelsea dengan gol penyamaan pada minit ke-73 sebelum gerakannya dua minit kemudian membuatkan Chris Smalling tertampan ke gawang sendiri.

Situasi itu begitu kejam buat Fulham yang berjaya menyerap semua asakan Chelsea pada awalnya sehingga ‘The Blues’ akhirnya berjaya juga menembusi kubunya.

Pemain berusia 20 tahun, Smalling disenaraikan berikutan kecederaan Brede Hangeland, namun pada ketika dia menikmati kejayaannya bermain dalam perlawanan penuhnya yang pertama, dia akhirnya mengalami mimpi ngeri angkara gol sendiri itu.

Persembahan tidak menentu Chelsea itu menimbulkan persoalan tentang kemampuan kelab itu memburu kejuaraan liga di samping memberikan gambaran kepada pesaing-pesaingnya bahawa gelaran juara liga musim ini masih terbuka buat mereka.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)