EPL – Aston Villa Gagal Saingi Arsenal.
Ketua pasukan, Cesc Fabregas tampil sebagai pemain gantian untuk memberi inspirasi dalam membantu kemenangan Arsenal 3-0 ke atas Aston Villa di Stadium Emirates malam tadi sekaligus melonjakkan semula impian mereka untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Pemain Sepanyol itu, yang diletakkan di bangku simpanan kerana belum cergas sepenuhnya dari kecederaan hamstring, menjaringkan gol pertama menerusi sepakan percuma mengkagumkan pada minit ke-65 sebelum menggandakan kedudukan menerusi gol keduanya pada minit ke-81.
Dia kemudiannya dikeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga tetapi Arsenal kemudiannya memperolehi gol ketiga menerusi jaringan Abou Diaby pada minit-minit akhir perlawanan.
Villa yang telahpun mengalahkan Chelsea, Manchester United dan Liverpool musim ini kelihatan berbahaya pada babak pertama tetapi gagal memberikan tekanan berterusan ke kubu lawan pada babak kedua.
Skuad bimbingan Arsene Wenger kini hanya ketinggalan empat mata dari pendahulu liga, Chelsea, dan dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan, kedudukan mereka pasti akan lebih baik berbanding lawan yang menewaskan mereka pada akhir bulan November itu.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.