Chelsea Kembali Catat Kemenangan Di Stamford Bridge.

Chelsea kembali ke landasan kemenangan apabila menewaskan pasukan bawahan, West Bromwich Albion 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge malam tadi.
Gol babak pertama jaringan Didier Drogba dan Frank Lampard memberikan Chelsea kemenangan pertama mereka di Stamford Bridge dari empat perlawanan.
Skuad bimbingan Luiz Felipe Scolari itu sudahpun berada di depan pada minit ke-3 hasil jaringan Drogba, yang melakukan penampilan pertama dalam liga sejak akhir September, setelah menanduk masuk bola hantaran Joe Cole.
Itu adalah gol kedua Drogba musim ini tetapi yang pertama buatnya dalam saingan EPL.

Gol Drogba itu menghilangkan rasa gentar pemainnya yang telah menyelubungi mereka dalam tiga perlawanan sebelum ini di tempat sendiri.
Kekalahan kepada Arsenal dan keputusan seri ketika menentang Newcastle dan West Ham telah membantutkan seketika usaha mereka memburu kejuaraan liga.

Nicolas Anelka dan Drogba digandingkan bersama dalam kesebelasan utama buat pertama kali musim ini namun Scolari masih mahu menggunakan formasi 4-3-3.
Ini bermakna, Anelka akan bermain di sebelah sayap kiri dalam sebahagian besar perlawanan itu, posisi yang tidak digemarinya ketika di bawah bimbingan bekas pengurus sebelumnya, Avram Grant musim lalu.

Gol kedua Chelsea muncul ketika permainan babak pertama menuju ke penghujungnya. Jose Bosingwa memulakan gerakan dari sebelah kiri sebelum melorongkan kepada Lampard. Pemain tengah England itu mengelecek seorang pemain pertahanan lawan sebelum menolak masuk dari jarak dekat.
| 3.1 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.