Chelsea Benam Cabaran Arsenal Untuk Kembali Ke Takhta Liga.
Kehidupan John Terry mungkin agak porak peranda di luar namun bekas ketua pasukan England itu tetap menjadi inspirasi buat pemain Chelsea untuk membenam cabaran Arsenal 2-0 sekaligus memadam impian skuad ‘The Gunners’ untuk mengejar kejuaraan liga musim ini.
Dilucutkan jawatan ketua pasukan England 48 jam terdahulu dan menjadi tumpuan media sejak kehidupan sosialnya didedahkan, Terry mempamer aksi serba kemas untuk menutup ruang buat pemain Arsenal menyusup masuk ke kawasan mereka.
Dua gol pada babak pertama dari Didier Drogba dalam perlawanan yang berlangsung di Stamford Bridge itu kembali meletakkan Chelsea di takhta liga selepas dirampas oleh Manchester United sehari sebelum itu.
Kemenangan itu meletakkan Chelsea di takhta liga, dua mata mengatasi Manchester United dan lebih mengesankan mereka kini mengatasi Arsenal yang menduduki tangga ketiga dengan kelebihan sembilan mata.
Gol Drogba yang ke-21 musim ini yang dijaringkan pada minit ke-8 merupakan permulaan yang baik buat skuad Carlo Ancelotti dan dengan keyakinan mula menyelubungi pasukannya, Drogba menambah gol kedua pada ketika Arsenal gagal memberi tentangan bermakna.
Gol itu muncul pada minit ke-23 selepas penyerang Ivory Coast itu menyudahkan hantaran Frank Lampard sekaligus merupakan jaringannya yang ke-22 musim ini.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.