Brazil Dan Sepanyol Turut Ke Separuh Akhir.

![]()


25 JULAI – Brazil berjaya mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Dunia FIFA 2008 apabila menewaskan pasukan Rusia 6-4 dalam perlawanan yang sengit kelmarin. Rusia mendahului Brazil 2-0 di awal permainan menerusi Egor Shaykov yang menjaringkan gol pada minit ke-3 dan menerusi Dmitry Shishin seminit kemudian. Brazil kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-5 melalui Buru dan Bruno pada minit ke-10. Ilya Leonov meletakkan Rusia kembali di depan menerusi golnya pada minit ke-17 sebelum disamakan oleh pemain Brazil, Daniel seminit selepas itu. Brazil merampas sebagai pendahulu perlawanan apabila Daniel menjaringkan dua lagi gol pada minit ke-27 dan 29. Egor Shaykov merapatkan kedudukan pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti. Benjamin memastikan kemenangan mutlak Brazil 6-4 apabila menjaringkan gol keenam pada minit ke-33.
![]()



Sementara itu, Sepanyol turut layak ke peringkat separuh akhir setelah mengalahkan Argentina 2-0. Nico muncul wira Sepanyol apabila menjaringkan kedua-dua gol. Gol pertama Nico dijaringkannya hanya selepas 3 saat permainan dimulakan. Nico menjaringkan gol kedua Sepanyol dan gol kedua peribadi pada minit ke-32. Kemenangan ini bermakna Sepanyol akan bertemu Itali pada peringkat separuh akhir.
Tackle – Brazil dan Sepanyol menyamai skuad utama mereka. Tapi pasukan mana yang akan muncul juara belum boleh kita ramalkan kerana bola sepak pantai ni agak berbeza dengan permainan bola sepak biasa. Kalau tidak masakan gol paling pantas pun boleh dijaringkan sepantas 3 saat selepas permainan dimulakan…..
Klik untuk lihat keputusan terkini dan jadual peringkat separuh akhir.
| 2.6 |





















No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.