IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Barcelona Mudah Tundukkan Sevilla.

Dua gol lewat Lionel Messi membantu Barcelona menundukkan Sevilla 3-0 sekaligus melebarkan jurang mata kepada enam selaku pendahulu Liga Primera Sepanyol.

Samuel Eto’o memberikan Barca gol pendahuluan selepas 20 minit perlawanan bermula dan Messi memastikan Barca mengutip tiga mata dengan persembahan individu yang mengkagumkan pada lewat permainan.

Penyerang Argentina itu menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan selepas pasukan lawan terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas penyingkiran Luis Fabiano dari perlawanan.

Barca sempat melihat pesaing terdekatnya, Real Madrid tersungkur 1-3 kepada Getafe dalam perlawanan terdahulu dan mengambil peluang itu untuk melebarkan jurang mata.

Bagaimanapun, mereka terpaksa bertemu dengan Sevilla yang mengidam untuk melonjak ke kelompok empat pasukan teratas liga.

Luis Fabiano memberi amaran kepada Barca dengan percubaan awal pada minit ke-10 yang bagaimanapun melepasi palang gol.

Barca mengambil masa untuk menemui rentak permainan tetapi mereka kemudiannya menunjukkan kenapa mereka mampu menang sembilan perlawanan berturut-turut musim ini walaupun agak kecewa kerana diikat 1-1 oleh Getafe di tempat sendiri minggu lalu.

Messi melakukan rembatan yang sedikit tersasar pada minit ke-16 untuk memberikan amaran awal.

Empat minit kemudian, mereka berada di depan dan Messi menjadi perancangnya.

Pemain Argentina itu memulakan gerakan awal sebelum bola yang melantun bergolek kepada Eto’o sebelum penyerang Cameroon itu meledakkan rembatan yang menerjah jaring.

Gol itu kelihatan mempunyai unsur nasib tetapi Eto’o menggunakan peluang itu dengan baik untuk membuka jalan buat Barca mencatat kemenangan ke-14 liga musim ini dengan liga berbaki 13 perlawanan lagi.

Bagaimanapun, Sevilla kelihatan pasukan yang lebih baik pada baki babak pertama. Mereka seharusnya berjaya menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat babak pertama.

Kanoute mendapati dirinya tidak dikawal apabila perangkap ofsaid Barca tidak menjadi namun dia gagal merembat tepat pada ketika hanya Victor Valdes yang perlu ditewaskan.

Barca kembali ke babak kedua dengan persembahan yang lebih baik. Mereka akhirnya berjaya menggandakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi Messi yang tenang mengawal bola sebelum melepaskan rembatan dengan kaki kiri yang menewaskan Andres Palop.

Fabiano kemudiannya dilayangkan kad merah selepas menyiku Sergio Busquets menyebabkan Sevilla semakin kehilangan arah.

Messi sekali lagi menggegar jaring menerusi gerakan solo menarik sejurus sebelum wisel tamat perlawanan ditiup. Dia terlebih dahulu mengawal bola selepas dia menerima hantaran Aleksander Hleb, menggelecek Palop sebelum menolak ke gawang yang terbuka.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)