Aston Villa Menang Tipis Ke Atas Ajax.

Tiga gol pada babak pertama mewarnai perlawanan sengit antara Aston Villa dan Ajax Amsterdam yang berkesudahan Villa menewaskan lawannya itu 2-1 dalam saingan Kumpulan F Piala UEFA di Villa Park awal pagi tadi. Dengan dua perlawanan akan datang menyaksikan Villa akan berkunjung ke tempat lawan, pengurus Villa Martin O’Neill mahu memastikan Villa tercicir sebarang mata ketika bermain di halaman sendiri.
Penyokong Ajax yang menyanyi sejak dari wisel permulaan ditiup terdiam seketika apabila menyaksikan kubu pasukan mereka sudahpun ditembusi Villa ketika permainan baru berusia lapan minit. Hasil sepakan sudut pertama Villa yang diambil Ashley Young, Martin Laursen melonjak tinggi untuk menewaskan penjaga gol ketiga Ajax, Kenneth Vermeer. Pengurus Ajax, Marco van Basten terpaksa menurunkan Vermeer yang kurang pengalaman kerana dua penjaga gol utamanya mengalami kecederaan.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak mematikan semangat pemain-pemain Ajax yang bertindak balas untuk mencari gol penyamaan. Kesungguhan mereka berbalas pada minit ke-22 apabila Thomas Vermaelen mengambil kesempatan dari kelonggaran kawalan pertahanan Villa untuk menanduk masuk bola sepakan sudut Urby Emanuelson.
Gareth Barry memastikan tiga mata dari perlawanan ini milik Villa apabila dia meledakkan rembatan yang menerjah jaring selepas menerima hantaran Young sejurus sebelum wisel tamat babak pertama ditiup oleh pengadil perlawanan. Kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol pada babak kedua sekaligus memberikan kemenangan berharga Villa di tempat sendiri.
| 3.1 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.