IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Argentina Ketepikan Cabaran Itali Dalam Aksi Persahabatan.

Diego Maradona mengekalkan rekod kemenangan 100% sebagai jurulatih Argentina, terima kasih kepada jaringan Jonas Gutierrez dan Lionel Messi dalam perlawanan persahabatan menentang Perancis di Marseille semalam.

Pemain tengah Newcastle, Gutierrez melakukan rembatan leret dari jarak dekat pada minit ke-41 untuk membolehkan Argentina berada di depan dan Messi menggandakan kedudukan dengan satu jaringan hebat tujuh minit sebelum tamat perlawanan.

Keputusan itu bermakna Argentina telah memenangi dua perlawanan di bawah bimbingan Maradona, kemenangan pertama dicapai ketika menentang Scotland pada bulan November lalu, dan beliau berharap Argentina akan meneruskan aksi cemerlang ini dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2010 zon Amerika Selatan nanti.

Perancis perlu menyalahkan diri sendiri di atas kegagalan mereka melakukan sesuatu dalam perlawanan yang bermutu tinggi dan berlangsung sengit.

Les Bleus mencipta beberapa peluang pada babak pertama menerusi pemain penyerangnya tetapi gagal menyudahkannya, dengan pemain sayap Frank Ribery adalah salah seorang darinya, namun mereka turut mengalami kesukaran untuk mengekang kelincahan Messi.

Perlawanan itu mungkin berlangsung di Marseille tetapi Argentina menjadikannya seolah-olah mereka bermain di gelanggang sendiri sekaligus memperlihatkan keupayaan mereka untuk menyaingi skuad handalan Eropah seperti Sepanyol dan England kelak.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)