IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

AC Milan Lepasi Cabaran Getir Braga.

Gol saat akhir menerusi Ronaldinho membantu AC Milan menang tipis 1-0 mengalahkan Braga dalam saingan Piala UEFA di Milan awal pagi tadi. Ronaldinho yang menggantikan Alexandre Pato pada minit ke-63, menggegar jaring ketika pengadil hampir menamatkan perlawanan untuk melonjakkan kelab itu sebagai pendahulu Kumpulan E.

Braga yang mengharapkan satu mata dari perlawanan itu terpaksa berputih mata. Mereka kini di tangga kedua dengan memungut tiga mata ketinggalan kepada Milan yang menang 100 peratus dalam dua perlawanan.

Milan yang kini mendahului Serie A iaitu pencapaian terbaik mereka dalam tempoh empat tahun, memulakan permainan dengan baik apabila Filippo Inzaghi hampir menanduk masuk gol buat Milan seawal minit ke-4. Andriy Shevchenko dan Pato turut berpeluang membuka tirai jaringan namun percubaan mereka tersasar.

Braga yang menang kesemua tujuh perlawanan di Eropah musim ini sesekali mengancam kubu pasukan tuan rumah. Pada minit ke-28, Dida terpaksa merebahkan badan untuk menolak keluar percubaan Cesar Peixoto.

Kedua-dua pasukan saling mengancam pada babak kedua. Shevchenko sekali lagi menyaksikan percubaannya tersasar manakala di pihak lawan, percubaan Wason Renteria sekadar sipi dari menemui sasaran.

Ketika perlawanan seakan-akan berkeputusan seri, Ronaldinho muncul wira pasukannya selepas dia merembat bola hantaran Gennaro Gattuso ke penjuru kiri gol Braga untuk memberikan kemenangan berharga buat Milan.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)