AC Milan Catat Kemenangan Selesa.

AC Milan memulakan kempen peringkat kumpulan Piala UEFA dengan meyakinkan apabila mudah menundukkan kelab Belanda, Heerenveen 3-1 di tempat lawan awal pagi tadi. Ronaldinho diletakkan di bangku simpanan bagi membolehkan Milan menyenaraikan Andriy Shevchenko dalam kesebelasan utama. Ronaldinho hanya diturunkan pada babak kedua setelah Milan selesa mendahului 2-0 pada babak pertama.
Heerenveen memulakan permainan dengan baik dan banyak membuat hantaran ke kubu Milan namun mereka gagal untuk menguji penjaga gol Milan, Dida. Milan kemudiannya mula mengatur gerakan ke kubu tuan rumah dan hasilnya gawang gol Heerenveen bocor akibat jaringan sendiri Calvin Jong-a-Pin pada minit ke19. Empat minit kemudian, Milan menggandakan kedudukan kepada 2-0 apabila Gattuso merembat masuk bola hantaran Kaka untuk menewaskan Brian Vandenbussche.
Penguasaan Milan berterusan pada babak kedua apabila mereka menambah satu gol lagi menerusi Filippo Inzaghi pada minit ke-69. Empat minit sebelum tamat permainan, pasukan tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti selepas Giuseppe Favalli mengasari Paulo Henrique di dalam kawasan penaltinya. Danijel Pranjic menyepak masuk sepakan penalti itu sebagai gol saguhati buat pasukannya.
| 3.1 |







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.