Zenit Bersedia Untuk Lepaskan Arshavin Ke Arsenal.
Jurulatih Zenit St Petersburgh, Dirk Advocaat sudah bersedia untuk kehilangan bintangnya, Andrei Arshavin, dengan Arsenal kelihatan menjadi destinasi utama pemain itu.
Arshavin menjadi sasaran banyak kelab ternama Eropah sejak persembahan mengkagumkannya di EURO’08 dan Arsenal dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membawa pemain itu bermain di Stadium Emirates.
Advocaat menjangkakan yang Arshavin tidak akan berada lama dengan kelab itu.
Kata Advocaat, “Saya lihat Arsenal begitu berminat untuk mendapatkan Arshavin tetapi saya tidak tahu lebih dari itu. Bagaimanapun, saya menjangkakan yang dia akan berpindah ke kelab lain.”
“Dia merupakan pemain yang hebat dan dia boleh bermain dengan mana-mana kelab terkenal di England, tidak kira Arsenal, Liverpool, Manchester United mahupun Chelsea.”
“Dia dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik oleh wartawan sukan musim lalu, sesuatu yang hebat bagi seorang pemain.”
“Arshavin bermain baik semasa dengan kami musim lepas tetapi masih bukan prestasi terbaiknya. Dia boleh memberikan lebih dari apa yang ditunjukkannya sekarang.”
“Saya telahpun membeli pengganti Arshavin iaitu Danny kerana saya fikir Arshavin akan meninggalkan Zenit tahun lalu. Danny boleh bermain di posisi yang sama dengan Arshavin jadi kami tidak risau jika dia pergi.”
Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mempunyai dana yang mencukupi untuk dibelanjakan semasa pintu perpindahan pemain dibuka tetapi beliau hanya akan berurusan dengan pemain yang berbakat hebat sahaja.
| 3.1 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.