Yaya Toure Tandatangani Kontrak Tambahan Setahun Dengan Barcelona.
Pemain tengah Barcelona, Yaya Toure bersetuju untuk menyambung kontraknya selama setahun lagi dengan juara kelab Eropah itu.
Kontrak baru Toure itu mengikatnya di kelab itu sehingga 30 Jun 2012 dan melibatkan perubahan klausa dalam perjanjian yang mencecah nilai 100 juta euro.
“Apa yang penting ialah dapat bermain dengan kelab yang hebat dan Barca adalah kelab yang ingin saya sertai,” kata Toure.
“Hasrat saya agar dapat bermain dengan kelab ini sehingga tamat karier saya tetapi saya harus terus menunjukkan yang saya mampu bermain dengan baik di sini.”
Pemain berusia 26 tahun itu, yang sebelum ini dikaitkan tentang kemungkinan berpindah ke England, menjadi pemain pertama dari Ivory Coast yang menyertai Barca setelah berpindah ke Nou Camp dari Monaco pada 2007.
Musim ini, Toure, adik kepada pemain pertahanan Arsenal, Kolo, membantu Barca muncul kelab Sepanyol pertama yang memenangani tiga kejuaraan utama iaitu Liga Primera Sepanyol, Copa del Rey dan Liga Juara Eropah.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.