IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

West Ham Bakal Bawa Nistelrooy Semula Ke Saingan EPL.


Pemilik baru West Ham, David Sullivan mengesahkan yang kelab itu membuat tawaran yang jauh lebih baik berbanding tawaran Tottenham Hotspur dalam usaha mendapatkan khidmat Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.

Sullivan memberitahu media yang beliau telah mengemukakan tawaran gaji sebanyak 100,000 pound seminggu kepada penyerang berusia 33 tahun itu, yang hanya bermain dalam dua perlawanan bersama gergasi Sepanyol itu musim ini.

Laporan dari Sepanyol mendakwa yang Van Nistelrooy, pemain yang menjaringkan 95 gol dari 150 perlawanan liga ketika bersama Manchester United, telah bersetuju untuk menyertai kelab Jerman, Hamburg tetapi Sullivan amat berharap dapat membawa kembali bekas penyerang Belanda itu ke kancah saingan EPL.

“Kami tahu Spurs mahukan pemain itu tetapi kami telah menawarkan tawaran yang lebih baik,” kata Sullivan. “Anda boleh mengatakan yang ianya tidak mampu menarik perhatian Nistelrooy tetapi kami membuat tawaran berdasarkan kemampuannya.”

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)