IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Wenger Bersedia Untuk Turunkan Arshavin.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Andrei Arshavin akan membuat penampilan dalam perlawanan menentang Sunderland di Stadium Emirates hari ini.

The Gunners kini terdesak dalam usaha untuk mencapai sasaran berada dalam kelompok empat pasukan terbaik EPL musim ini dan berharap pemain serba boleh Rusia yang bernilai 15 juta pound itu akan membantu mereka merapatkan kedudukan dengan pasukan ditangga keempat, Chelsea yang kini berkelebihan lima mata dengan mereka.

Pemain berusia 27 tahun itu disenaraikan dalam barisan pemain simpanan ketika kelab utara London itu bertemu jirannya, Tottenham Hotspur sebaik tiba dari Zenit St Petersburgh pada awal Februari tetapi tidak diturunkan.

Arshavin tidak bermain dalam perlawanan kompetitif sejak 10 Disember apabila Zenit kalah 0-3 kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara Eropah, manakala saingan liga Rusia telahpun berakhir pada lewat November dan Wenger masih belum membuat keputusan sama ada untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama ketika menentang Sunderland atau memasukkannya sebagai pemain gantian.

Pengurus ‘The Gunners’ itu masih memantau tahap kecergasan Arshavin tetapi menjangka pemain tengah itu akan bersedia sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.

Bagaimanapun, Wenger kini tiada pilihan setelah Eduardo terpaksa direhatkan selama dua minggu akibat kecederaan hamstring selepas kembali dari kecederaan patah kaki yang memaksanya berehat lama.

Selepas setahun diketepikan dari skuad utama, pemain antarabangsa Croatia itu hanya membuat penampilan pada perlawanan pusingan keempat menentang Cardiff hari Isnin lalu, menjaringkan dua gol untuk membantu kemenangan 4-0 di Stadium Emirates, tetapi kecederaan yang menimpanya kelihatan tidak begitu serius.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)