IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Wenger akan Pikat Chamakh Jika Adebayor Tinggalkan Arsenal.

Arsene Wenger amat yakin yang Emmanuel Adebayor akan kekal di Arsenal, tetapi pada masa yang sama beliau merasakan yang penyerang Bordeaux, Marouane Chamakh adalah pengganti yang sesuai andainya Adebayor memilih untuk meninggalkan kelab itu.

Masa depan penyerang Togo itu masih samar, dengan AC Milan berterusan menunjukkan minatnya terhadap pemain itu sejak dari musim panas lalu di mana Adebayor akhirnya bersetuju untuk menandatangani kontrak baru bersama Arsenal.

Bagaimanapun, penyerang berusia 25 tahun itu mengakui yang dia amat gembira sekiranya dapat meneruskan tugas mengetuai cabaran Arsenal di sebalik persembahan penuh cabaran musim lalu.

Wenger tiada miat untuk menjual pemain itu, yang telah menjaringkan 30 gol sejak musim 2007/08, pada ketika beliau bersedia untuk memulakan latihan pasukannya minggu depan.

Setakat ini, Wenger hanya mendapatkan pemain pertahanan Belgium, Thomas Vermaelen dan akan terus berusaha mendapatkan seorang lagi pemain untuk menguatkan bahagian tengah.

Minggu ini, Arsenal telah memulakan langkah untuk mengikat pemain-pemain mudanya dengan kontrak jangka panjang, dengan Jack Wilshere dan Aaron Ramsey bersetuju dengan kontrak lanjutan manakala pemain antarabangsa Belanda, Robbie van Persie dijangka akan menandatangani kontrak baru bersama ‘The Gunners’ dalam masa terdekat.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)