Viera Yakin Akan Menyerlah Dalam Saingan EPL.
Patrick Viera percaya dia adalah pemain yang lebih baik berbanding ketika dia meninggalkan Liga Perdana England empat setengah tahun yang lalu.
Bekas ketua pasukan Arsenal itu mendapati begitu sukar buatnya meyakinkan Jose Mourinho di Itali, maka keputusannya untuk kembali bermain di England mengundang persoalan memandangkan tahap permainannya yang lebih tinggi tetapi Viera yakin pengalamannya bermain di Serie A menjadikannya lebih baik.
Sementara itu, bekas rakan sepasukan Viera di Arsenal, Tony Adams mendakwa yang pemain itu sebenarnya telah bercadang untuk mengakhiri kariernya di Amerika sebelum Manchester City datang membuat tawaran untuknya kembali ke EPL.
Adams melawat Mourinho di Inter pada akhir tahun lalu dan berbual dengan Viera, yang mengakui ke Amerika adalah pilihannya selepas diketepikan oleh pengurus berbangsa Portugis itu dalam kebanyakan perlawanan Inter.
Ketika dia sudah berkira-kira untuk mengikut jejak David Beckham bermain di Major League Soccer (MLS), namun City datang dengan tawaran kontrak selama enam bulan dan pilihan untuk lanjutan kontrak selama setahun lagi, dengan nilai kontrak boleh melebihi 10 juta pound andainya pemain berusia 33 tahun itu kekal di Eastlands untuk tempoh 18 bulan lagi.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.