Video Pilihan Separuh Akhir Piala FA - Selangor 2 Perlis 1.
Selangor berjaya menempah tempat ke perlawanan akhir Piala FA selepas mengenepikan cabaran sengit Perlis 2-1dalam perlawanan kedua peringkat separuh akhir di Stadium Shah Alam hari Sabtu lalu. Kemenangan itu membolehkan Selangor melangkah ke final apabila menewaskan Perlis dengan agregat 3-2.
Selangor terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mohd Amri Yahyah selepas dia menanduk masuk hantaran Rudie Ramli pada minit ke-15. Dua minit kemudian, Azi Shahril Azmi menyamakan kedudukan apabila merembat masuk dari luar kotak penalti Selangor.
Amri Yahyah menggembirakan kem Selangor apabila menanduk masuk sepakan sudut D. Surendran pada minit akhir perlawanan bagi memberikan Selangor tempat ke final Piala FA buat kali kedua berturut-turut.
Dengan itu, Selangor akan bertemu dengan Kelantan yang menyingkirkan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 25 April ini.
Berikut adalah video jaringan-jaringan yang dihasilkan dalam perlawanan sengit itu. Layannnn….
| 3.1 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.