Video Pilihan - Sepanyol 3 vs Afrika Selatan 2 (Tempat 3/4 Piala Konfederasi FIFA 2009).
Sepanyol menebus kehampaan gagal ke perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2009 apabila berjaya menduduki tempat ketiga selepas berhempas pulas menundukkan Afrika Selatan 3-2 pada masa tambahan dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat hari Ahad lalu.
Sepanyol yang tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat dalam saingan di separuh akhir, ketinggalan pada minit ke-73 hasil jaringan penyerang Afrika, Katlego Mphela sebelum Daniel Guiza menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit (minit ke-87 dan 88) untuk memberikan juara Eropah itu kelebihan untuk memenangi perlawanan itu.
Bagaimanapun, Mphela menangguhkan perayaan kem Sepanyol apabila meledakkan sepakan percuma yang kencang pada masa kecederaan untuk mengikat perlawanan kepada keputusan 2-2 sekaligus menyeret perlawanan ke masa tambahan.
Xavi Alonso muncul wira Sepanyol apabila sepakan percumanya dari luar kotak penalti menewaskan kesemua benteng pertahanan Afrika sebelum menerjah jaring bagi membolehkan Sepanyol memenangi perlawanan itu dengan keputusan 3-2.
Berikut adalah jaringan-jaringan yang dihasilkan dalam perlawanan yang sengit itu. Sama-samalah kita saksikan jaringan-jaringan yang menarik itu. Layannnn……








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.