IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Video Pilihan – Brazil 3 vs Amerika Syarikat 2 (Final Piala Konfederasi FIFA 2009).


Brazil berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya empat tahun lalu di Jerman apabila menewaskan Amerika Syarikat 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Konfederasi hari Ahad lalu.

Kejayaan itu adalah yang ketiga buat Brazil manakala Amerika Syarikat terpaksa akur dengan kehebatan skuad Samba itu walaupun mereka mendahului dengan dua jaringan pada babak pertama menerusi Clint Dempsey dan Landon Donovan.

Luis Fabiano kemudiannya memulakan kebangkitan Brazil dengan jaringan pertama sebaik babak kedua bermula dan menyamakan kedudukan dengan jaringan kedua pada minit ke-73.

Lucio memastikan Brazil muncul juara dengan menanduk masuk bola sepakan sudut pada minit ke-83 sekaligus menghampakan kem Amerika yang begitu teruja dengan penampilan pertama mereka pada pentas final kejohanan anjuran FIFA.

Berikut adalah video jaringan yang berjaya dihasilkan dalam perlawanan itu. Sama-samalah kita menyaksikannya. Layannnn……

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)