Video Pilihan – Barcelona 2 vs Estudiantes 1 (Final Kejohanan Kelab Dunia 2009).

Barcelona mencatat sejarah apabila memenangi kejuaraan keenamnya tahun ini apabila menewaskan Estudiantes La Plata dari Argentina 2-1 dalam perlawanan akhir Kejohanan Kelab Dunia di Abu Dhabi hari Sabtu lalu.
Lionel Messi membuktikan kehadirannya amat penting buat Barca apabila menanduk masuk jaringan kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh perlawanan.
Sebelum itu, Pedro Rodriguez, yang mencatat nama sebagai pemain pertama menjaringkan gol dalam enam kejohanan menyelamatkan Barca dari kekalahan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87 untuk memadam kelebihan awal milik Estudiantes hasil jaringan Mauro Boselli pada minit ke-37.
Berikut adalah video jaringan-jaringan yang dihasilkan dalam perlawanan itu. Sama-samalah kita saksikannya. Layannn….








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.