IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Usaha City Dapatkan Kaka Berakhir, Kaka Tolak Tawaran Lumayan City.

Lamaran Manchester City untuk mendapatkan tandatangan Kaka dari AC Milan menemui noktahnya apabila pemain tengah Brazil itu secara muktamad menolak tawaran lumayan City yang melibatkan nilai 107 juta pound.

Sebelum ini, delegasi Manchester City yang diketuai Ketua Eksekutifnya, Garry Cook telah mengadakan rundingan rasmi dengan AC Milan dan bapa Kaka, Bosco Leite pula bertindak sebagai orang tengah untuk merealisasikan impian City itu, sekaligus mencatat rekod baru dunia bagi perpindahan pemain.

Bagaimanapun, usaha itu akhirnya menemui kegagalan disebabkan kedua-dua pihak tidak mencapai kata sepakat dalam beberapa terma perjanjian.

Dilaporkan Kaka ditawarkan gaji sebanyak 28 juta pound semusim berbanding gaji yang diterimanya sekarang sebanyak 9 juta pound dari Milan.

Pemilik Milan, Silvio Berlusconi mengesahkan perkara itu tetapi beliau menegaskan yang keputusan menolak tawaran Manchester City itu dibuat oleh Kaka sendiri.

“Wang bukan segalanya buat Kaka, ada yang lebih penting berbanding dengan wang. Kami gembira. Kami telah menawarkan Kaka untuk menerima tawaran City, tetapi dia merupakan pemain yang mempunyai nilai,” kata Berlusconi ketika menjelaskan sebab keputusan menolak tawaran kelab EPL itu.

Kaka ketika ditemui untuk ditanya mengenai keputusannya itu, sekadar memberitahu yang keputusannya itu adalah berdasarkan gerak hatinya, lebih-lebih lagi selepas penyokong-penyokong Milan mengadakan bantahan terhadap tawaran yang dikemukakan oleh City itu.

Difahamkan, ribuan penyokong Milan berada di hadapan bangunan kelab itu untuk meraikan keputusan Kaka kekal di Milan.

Minggu lalu, dalam satu-satunya kenyataan kepada pihak media mengenai tawaran City itu, Kaka berkata, “Saya mahu menghabiskan hayat pemain saya di Milan. Matlamat saya adalah menjadi ketua pasukan Milan. Saya telahpun menolak beberapa tawaran sebelum ini.”

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)