IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Torres Mahukan Pemain Baru Perkuat Liverpool.


Fernando Torres mengakui yang dia agak kecewa dengan kedudukan kewangan Liverpool yang menyebabkan pencapaian skuad bimbingan Rafael Benitez itu tergugat tetapi menegaskan yang dia tetap menyokong apa jua tindakan pengurus ‘The Reds’ itu.

Liverpool telahpun kalah tujuh perlawanan musim ini, berbanding hanya dua pada musim 2008/09 dan turut tersingkir dari saingan Liga Juara Eropah musim ini.

Ia menggambarkan Liverpool tidak mempunyai cukup pemain berkualiti untuk mengharungi cabaran mengejar kejuaraan liga, terutama sejak perpindahan Xavi Alonso ke Real Madrid.

Bagaimanapun, dengan kedudukan kewangan Liverpool yang serius, hutangnya mencecah 240 juta pound, secara jelas menunjukkan yang Benitez tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk membeli pemain baru apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari nanti, situasi yang memperlihatkan harapan untuk melayakkan diri ke cabaran Liga Juara Eropah musim depan dan juga dalam saingan Liga Eropah menjadi semakin sukar.

“Sememangnya kami perlukan pemain baru. Jika kami dapat membawa masuk pemain berkualiti ia akan menjadi sesuatu yang positif buat kami, tetapi saya fikir situasinya amat sukar buat kami kerana kami tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian,” kata Torres.

“Saya yakin yang kami sudah cukup baik. Kami bermain dengan baik musim lalu dengan pasukan yang sama. Kami hanya perlu memotivasi diri dan menambah keyakinan diri maka segalanya pasti akan berubah,” tambah Torres.

“Saya fikir memecat pengurus bukanlah pilihan yang baik. Bukan pengurus yang bermain jadi kita perlu yakin dengannya dan cuba bekerjasama dengannya. Kami adalah penyebab utamanya, pemain adalah pihak yang perlu untuk mencari jalan penyelesaian kepada apa yang berlaku. Kami perlu bermain dengan lebih baik,” tegas Torres.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)