Torres Mahu Gerrard Berehat Secukupnya.

Fernando Torres memberi amaran kepada ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard agar tidak terburu-buru untuk pulih dari kecederaan hamstring yang dialaminya.
Gerrard kini masih dalam proses pemulihan setelah ditimpa kecederaan ketika perlawanan menentang Everton dalam saingan Piala FA pada awal bulan ini, dijangkakan akan pulih dalam tempoh dua minggu, dan pemain itu diharapkan dapat bermain dalam saingan kalah mati Liga Juara Eropah ketika Liverpool menentang Real Madrid.
Bagaimanapun, Torres, yang berhempas pulas untuk pulih dari kecederaan hamstringnya musim ini, percaya yang Gerrard pasti berhati-hati untuk kembali bermain secepat mungkin sebaik kecederaannya pulih sepenuhnya.
“Tiada pemain yang dapat menggantikan Stevie di Liverpool,” kata Torres. “Namanya berada di tangga teratas berbanding sepuluh pemain utama yang lain.”
“Stevie adalah segala-galanya buat kami, ketua kami, dan amat dihormati di sini. Tetapi saya tahu berdasarkan pengalaman saya, hamstring adalah kecederaan yang berisiko tinggi. Jika anda mengalaminya, tiada apa yang boleh dilakukan selain membiarkannya sembuh sepenuhnya.”
| 3.1 |








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.