Torres – Liverpool Mesti Kekalkan Pemain Bintang Jika Mahu Buru Kejuaraan.
Penyerang Liverpool, Fernando Torres percaya yang kelab itu perlu mengekalkan beberapa bintangnya seperti Xavi Alonso dan Javier Mascherano jika mereka mahu merampas kejuaraan EPL dari Manchester United.
Kedua-dua pemain tengah itu sedang dilobi hebat oleh Real Madrid dan Barcelona namun Torres bersetuju dengan pendapat Rafael Benitez, kedua-duanya tidak akan dijual, disebalik potensi tawaran yang boleh mencecah sehingga 25 juta pound setiap seorang.
Hari Isnin lalu, Alonso dikatakan gagal menyatakan komitmen kepada kelab Merseyside itu manakala Presiden Barca, Joan Laporta sekali lagi memberi isyarat yang mereka akan menggunakan rakan sepasukan Mascherano dalam skuad Argentina, Lionel Messi untuk memujuk ketua pasukannya itu meninggalkan Anfield.
Spekulasi itu ternyata menimbulkan kebimbangan kepada Torres, yang menandatangani kontrak baru bersama Liverpool pada akhir musim lalu.
Bagaimanapun, Torres menerima keadaan di mana kedudukan kewangan kelab itu bermakna yang mereka juga mungkin gagal mengikat bintang Valencia, David Villa, yang bernilai 40 juta pound tetapi dia percaya yang peluang kelab itu untuk merangkul kejuaraan pada musim depan tidak akan terjejas.
Penyerang Sepanyol itu mencadangkan nama Villa dan dua lagi pemain Valencia, David Silva dan Juan Mata kepada Benitez tetapi dia faham prospek mendapatkan Villa kini semakin jauh pada saat kedudukan kewangan Liverpool tidak sekukuh Real Madrid dan Barcelona, begitu juga dengan Chelsea, Manchester City dan Manchester United.








































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.