Tidak Diperlukan Di Real Madrid Lagi, Huntelaar Sertai AC Milan.
Klaas Jan Huntelaar menyertai AC Milan apabila mereka bersetuju dengan yuran perpindahan yang ditetapkan oleh Real Madrid.
Penyerang Belanda itu mengambil keputusan meninggalkan Bernabeu selepas Real Madrid membuat beberapa pembelian mega, antaranya melibatkan pembelian Cristiano Ronaldo, Kaka dan Karim Benzema.
Pemain berusia 25 tahun itu telahpun tiba di Milan pada hari Khamis lalu sebelum menjalani ujian perubatan dan mengadakan perbincangan tentang terma-terma peribadi.
Huntelaar akan menandatangani kontrak selama empat tahun yang akan mengekalkannya di Milan sehingga Jun 2013.
Sebelum ini, Huntelaar cuba dipikat oleh kelab EPL, Tottenham Hotspur namun AC Milan berjaya dalam percubaannya untuk mendapatkan tandatangan pemain itu.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.