IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Tevez Nafi Tolak Tawaran Kontrak Baru Manchester United.

Penyerang Manchester United, Carlos Tevez memberitahu yang dia agak kecewa dengan spekulasi yang mengatakan yang dia telah menolak untuk menerima kontrak baru bersama kelab itu.

Tevez yang diberi cuti selama seminggu oleh Alex Ferguson pada tahun baru, mengakui yang dia mahu kekal di Old Trafford dan dia tidak mengetahui dari mana munculnya cerita tersebut.

Tevez semakin tertekan kerana masih perlu duduk dan berbincang perjanjian baru dengan United, petunjuk yang jelas menunjukkan perbincangan akan berterusan sehingga tiba musim panas nanti.

“Kami belum lagi membincangkan hal ini, sebaiknya saya mahu kekal di sini,” akui Tevez.

“Sir Alex Ferguson ada memberitahu saya yang beliau mahu saya menyertai pemain lain dan itu juga menjadi matlamat saya.”

“Kontrak saya akan tamat pada musim panas nanti dan kami telah bersetuju untuk duduk berbincang pada masa yang sesuai tentang kontrak baru saya. Saya tidak mendengar tentang perkara sebaliknya.”

Satu sumber yang rapat dengan pemain itu mengatakan yang United membayangkan akan mengikat Tevez untuk satu tempoh yang panjang tetapi perundingan masih belum berlangsung.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)