IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Tevez Kini Diintai Real Madrid.

Real Madrid yang gagal mendapatkan khidmat pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo kini mengalihkan tumpuan untuk memikat rakan sekelabnya, Carlos Tevez. Real dikatakan cuba mengambil kesempatan di sebalik kegagalan pemain itu menandatangani kontrak baru sebagai pemain bersama United. Penyerang itu masih dalam kontrak pinjaman dan sedang berusaha mendapatkan kontrak tetap namun perbincangan masih menemui jalan buntu.

Pemain Real, Gonzalo Higuain yang juga rakan senegara Tevez dalam skuad Argentina menaruh harapan agar rakannya itu beralih arah ke Liga Primera Sepanyol. Baginya, Tevez adalah pemain yang hebat dan kedatangannya amat dialu-alukan.

Tevez dalam reaksinya mengakui bahawa dia selesa bermain di EPL dan gembira berada di United. Bagaimanapun, khabar yang tersebar mengatakan bahawa United kini sibuk membida untuk mendapatkan pemain muda berusia 18 tahun dari kelab Gremio, Douglas Costa yang melibatkan nilai 20 juta pound. Ini bermakna ia akan membantutkan keinginan United menawarkan kontrak baru yang bernilai 30 juta pound kepada bekas pemain Boca Juniors itu.

Kemasukan Tevez ke Real Madrid jika menjadi kenyataan pasti akan meningkatkan keupayaan barisan serangan mereka memandangkan Real sedang berusaha keras untuk menakluk Liga Primera Sepanyol musim ini. Hari ini Real akan menyambung perjuangan mereka dengan menentang Atletico Madrid di tempat lawan. Real kini menduduki tangga kelima La Liga dan hanya kemenangan sahaja yang akan mengekalkan mereka sebagai pencabar utama kejuaraan musim ini.

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Primera Sepanyol hari ini.

Rate this:
3.1

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)