IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Tevez Hampir Pasti Tinggalkan Manchester United.


Carlos Tevez mengakui yang dia hampir pasti meninggalkan Manchester United selepas berakhirnya musim ini kerana bosan akibat sering diletakkan di bangku simpanan sepanjang musim ini.

Tevez gagal menempatkan dirinya dalam kesebelasan utama United musim ini dan kurang gembira dengan keadaan itu, lebih-lebih lagi belum ada tanda-tanda yang United mahu mengikatnya dengan kontrak kekal dan dia bercadang untuk meneruskan kerjayanya ke Sepanyol.

“Saya selalu memanaskan bangku simpanan dan saya lebih suka bermain. Tetapi setiap kali saya diberi peluang saya pasti menggunakannya sebaik mungkin,” kata Tevez.

“Ya benar, saya rasa saya hampir pasti meninggalkan United. Saya tidak nampak kenapa saya perlu membohongi sesiapa kerana para peminat sentiasa menyokong saya.”

“Sebaik saya menyarung jersi United, saya akan tinggalkan masalah saya di tepi padang. Masa depan? Saya tidak tahu apa akan berlaku pada masa depan saya. Saya mahu pergi ke Sepanyol tetapi ia masih samar lagi. Saya belum menetapkan kelab mana yang akan saya sertai.”

“Atas rasa hormat kepada para penyokong dan sejarah kecemerlangan United, saya tidak mahu meninggalkan mereka. Tetapi atas sebab peribadi, perpindahan saya adalah pilihan terbaik buat saya.”

“Saya perlukan jaminan dari kelab untuk mengemukakan tawaran yang baik. Jika ia tidak berlaku, saya rasa ini adalah musim terakhir saya di sini,” tambah Tevez.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)