Setelah Gagal Pikat Alonso, Real Madrid Nafi Mahu Pikat Fabregas.
Real Madrid menegaskan yang kelab itu tidak sesekali berminat untuk mendapatkan pemain tengah Arsenal, Cesc Fabregas, begitulah menurut kata Pengarah Sukannya, Miguel Pardeza.
Kelab gergasi Sepanyol itu merasakan tiada keperluan buat mereka untuk mendapatkan khidmat Fabregas walaupun mereka kecewa kerana gagal memikat pemain tengah Liverpool, Xavi Alonso.
Real secara konsisten dikaitkan dengan Fabregas namun bekas kelabnya, Barcelona pula menjadi pilihan sebagai destinasinya andai dia memilih untuk meninggalkan Emirates.
“Dia adalah pemain yang hebat, itu memang tidak dapat dinafikan. Tetapi buat masa ini, dia bukanlan pemain yang disasarkan oleh Real Madrid. Kelab ini akan mencari alternatif lain,” kata Pardeza.
Pardeza juga mengesahkan yang perbincangan dengan Liverpool tentang masa depan Alonso menemui kegagalan namun mereka tetap tidak akan berputus asa untuk mengubah situasi itu.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.