Senarai Perpindahan Terkini Pemain-Pemain Kelab EPL.
Kelab Sepanyol, Real Madrid merupakan kelab yang paling hebat membeli pemain-pemain ternama dalam usaha menguatkan cabarannya memburu kejuaraan di peringkat domestik dan Eropah musim depan, di mana mereka telah berbelanja hampir 200 juta pound untuk mendapatkan Kaka, Cristiano Ronaldo, Raul Albiol dan Karim Benzema.
Bagaimanapun, situasinya agak berbeza kepada kelab-kelab EPL. Kebanyakan kelab EPL hanya berbelanja mengikut kemampuan kewangan yang terhad sehingga menyebabkan mereka hanya mampu membeli pemain-pemain kurang ternama.
Walaupun kelab-kelab seperti Manchester City dan Manchester United mempunyai dana yang agak besar diperuntukkan untuk membeli pemain baru namun kedua-dua kelab itu masih gagal memikat pemain-pemain ternama dunia menyertai mereka.
Agak mudah untuk difahami bahawa kelab seperti Manchester City gagal menarik minat pemain-pemain ternama kerana reputasi kelab itu masih belum mencapai tahap kecemerlangan tetapi kegagalan Manchester United memikat pemain-pemain utama dunia menimbulkan tanda tanya sehinggakan hanya Michael Owen sahaja yang berada dalam senarai baru pemainnya.
Berikut adalah senarai terbaru perpindahan pemain-pemain kelab EPL.







































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.