IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Selepas Kaka dan Ronaldo, Benzema Pula Diikat Real Madrid.


Karim Benzema kini sah akan menjadi bintang terbaru yang menyertai Real Madrid selepas Olympique Lyon menerima tawaran kelab Sepanyol itu.

Pemain berusia 21 tahun itu bakal menyertai Kaka dan Cristiano Ronaldo apabila bersetuju mengikat kontrak selama enam tahun di Bernabeu selepas kelab lamanya bersetuju melepaskannya dengan nilai 29.7 juta pound.

Benzema akan menjadi pemain keempat yang menyertai Real sejak Florentino Perez kembali menjadi Presiden kelab itu bulan lalu, mengikut jejak Kaka, Ronaldo dan Raul Albiol.

Madrid dan Manchester United saling berlumba untuk mendapatkan khidmat Benzema tetapi pengumuman itu melenyapkan sebarang peluang United malah menutup harapan Lyon untuk mengekalkan pemain antarabangsa Perancis itu untuk semusim lagi.

Benzema mula menyertai Lyon pada musim 2007/08 dengan menjaringkan 31 gol dari 51 perlawanan sehingga menyaksikan dia menerima anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 di samping mengungguli carta penjaring gol musim itu.

Kempen terakhir musim lalu agak kurang memberangsangkan buat Lyon dan Benzema, denga Lyon menamatkan musim lalu tanpa kejuaraan liga buat pertama kali sejak lapan tahun tetapi Benzema berjaya menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan yang disertainya.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)