Scolari Masih Idamkan Khidmat Robinho.

Spekulasi yang bertiup mengatakan Chelsea berkeinginan mendapatkan khidmat Robinho masih belum terpadam selepas Luiz Felipe Scolari membayangkan pemain Brazil itu mempunyai masa depan yang cerah jika berpindah ke Stamford Bridge.
Chelsea tewas kepada Manchester City dalam persaingan mendapatkan tandatangan Robinho selepas pemain itu memilih City ketika pintu perpindahan pemain hampir ditutup musim panas lalu namun Scolari tidak pernah berputus asa.
Keinginan Chelsea untuk mendapatkan Robinho ditolak oleh Real Madrid kerana penawaran yang tidak mengikut kehendak juara Sepanyol itu. Sebaliknya Real Madrid kemudiannya melepaskan pemain itu ke Manchester City selepas menerima tawaran lumayan daripada City yang pada masa itu baru diambil alih oleh pemilik baru dari konsortium Abu Dhabi. Keputusan itu sekaligus meleburkan harapan Scolari ketika itu.
Robinho menandatangani kontrak dengan nilai perpindahan yang mencatat rekod sebanyak 32.5 juta pound sekaligus meninggalkan kenangan pahit di Madrid di mana dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan. Dia memulakan kehidupannya di Manchester dengan gembira apabila mengambil kesempatan mengelilingi bandar dengan menaiki bas.
Chelsea masih terasa terhadap kegagalannya mendapatkan Robinho yang dikatakan bakal lebih menyinar jika bermain di kelab itu. Scolari optimis yang Robinho boleh menjadi pemain terbaik dunia jika bermain di kelab terbaik dunia. Dan Scolari sekali lagi menegaskan bahawa pintu Chelsea sentiasa terbuka buat pemain itu.
| 3.1 |









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.