Saya Akan Berhenti Jika Torres Dijual – Benitez.
Rafael Benitez menegaskan yang beliau akan berhenti dari tugasnya selaku pengurus Liverpool andai bintang penyerangnya, Fernando Torres dijual tanpa kerelaannya.
Bebanan hutang Liverpool mula menimbulkan tanda tanya sama ada pemilik bersama kelab itu, Tom Hicks dan George Gillet akan menjual penyerang Sepanyol itu bagi mendapatkan dana tambahan.
Bagaimanapun, Benitez dalam kenyataannya kepada pihak media menegaskan yang pemain berusia 25 tahun itu tidak akan dijual dengan apa-apa nilai pun.
“Saya yakin ia tidak akan berlaku. Jika berlaku juga, saya akan berhenti,” tegas Benitez.
Pembelian Alberto Aquillani yang bernilai 20 juta pound adalah satu-satunya pembelian pemain berprofil tinggi pada musim panas lalu dan Benitez tidak mahu mereka dibandingkan dengan Manchester United atau Chelsea dalam urusan pembelian pemain.
Pada ketika pengurus berbangsa Sepanyol itu mengakui yang situasi itu mendedahkannya kepada kesilapan, beliau tetap mempertahankan polisi pembelian pemainnya.
“Bila kami berbelanja besar, maka kami akan mendapat hasil yang baik. Torres, Mascherano, Reina dan Alonso adalah antaranya.”
“(Robbie) Keane adalah pemain yang bagus tetapi kami terpaksa menjualnya kerana dia tidak bermain pada tahap yang kami harapkan. Ryan (Babel) dibeli untuk masa depan dan kami menunggu akan peningkatannya. Dia seharusnya lebih konsisten.”
Benitez turut mempertahankan pembelian Aquillani, yang dibeli dari Roma untuk menggantikan tempat Alonso yang berpindah ke Real Madrid tetapi kini hanya menantikan pemulihan pemain itu sepenuhnya sebelum boleh diturunkan.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.