Rosicky Tandatangani Kontrak Baru Bersama Arsenal.
Arsenal mengumumkan yang pemain tengah kelab itu, Tomas Rosicky telah menandatangani kontrak baru bersama kelab itu.
‘The Gunners’ tidak mengumumkan tempoh perjanjian baru itu tetapi tindakan itu dikenal pasti bagi memastikan kesinambungan kejayaan kelab itu dengan mengikat beberapa pemain utama.
Pemain antarabangsa Czech itu yang menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada 2006, adalah pemain ke-15 yang menandatangani kontrak baru bersama Arsene Wenger sejak Mei 2009.
Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 14 gol daripada 76 penampilan bersama Arsenal dan perjanjian itu satu penghargaan buat pemain itu yang menyerlah musim ini selepas berehat akibat dua kecederaan
Langkah itu menjejaki beberapa pemain lain seperti Robie van Persie, Abou Diaby, Eduardo, Alex Song, Denilson, Theo Walcott dan Aaron Ramsey yang menandatangani kontrak baru pada tahun lepas.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.