IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ronaldo Salahkan Taktik Pasukan Punca Kekalahan Manchester United Dalam Final Liga Juara Eropah.

Cristiano Ronaldo berkata yang ‘segalanya serba tak kena’ selepas kekalahan Manchester United 0-2 kepada Barcelona dalam final Liga Juara Eropah dan turut menyalahkan taktik pasukan sebagai ‘tidak bagus’.

United turun dalam perlawanan akhir di Stadio Olimpico dengan formasi yang sama ketika menentang Arsenal dalam saingan separuh akhir, dengan Ryan Giggs mengambil alih tempat Darren Fletcher yang digantung perlawanan.

Bagaimanapun, selepas permulaan positif, juara EPL itu gagal bangkit dari ketinggalan gol awal jaringan Samuel Eto’o pada minit ke-10 walaupun berusaha keras sepanjang perlawanan.

Sir Alex Ferguson mengubah taktik pasukan pada babak kedua dengan memasukkan Carlos Tevez untuk menggantikan Anderson tetapi pertukaran itu gagal meningkatkan persembahan pasukan.

Ronaldo memulakan perlawanan sebagai penyerang tunggal sebelum bertukar posisi ke bahagian sayap dan pemain Portugal itu merasakan ‘segalanya serba tak kena’.

“Saya tidak dapat menerangkannya,” kata Ronaldo. “Kami, para pemain tidak bermain seperti sepatutnya, taktik pasukan tidak begitu bagus, segalanya serba tak menjadi.”

“Kami perlu beri pujian kepada Barcelona, tetapi mereka agak bertuah dapat menempatkan diri di final kerana Chelsea tidak sepatutnya tersingkir dan tiada sesiapapun dapat menafikannya,” tambah Ronaldo.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Barcelona, mereka memang bagus, tetapi itulah bola sepak. Yang akan disebut dan dikenang hanyalah pemenangnya.”

Bekas pemain Sporting Lisbon itu juga memberikan komen tentang masa depannya memandangkan Real Madrid kembali berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Masa depan saya adalah bersama skuad kebangsaan saya, kami mesti menang untuk menempatkan diri di tempat yang baik dalam saingan kelayakan kumpulan kami nanti.”

“Mengenai kelab, saya tidak mahu bercakap tentangnya. Saya mahu pergi melancong dan berehat. Saya betul-betul penat, saya bermain dalam banyak perlawanan, dan sentiasa menerima tekanan hebat. Tentang masa depan saya, biarlah masa yang menentukannya.”

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)