IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Ronaldo Berhadapan Tuntutan 20,000 Pound Ekoran Kemalangan Ferrari.

Pengurus Lapangan Terbang Manchester mengesahkan yang pihak mereka akan mengemukakan tuntutan insuran kepada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di atas kerosakan yang terjadi pada terowong milik lapangan terbang itu selepas dirempuh kereta Ferrari yang dipandu Ronaldo.

Pemain Portugal itu keluar dari keretanya tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku bulan lepas.

Keretanya merempuh dinding terowong yang berhampiran lapangan terbang itu yang menyebabkan berlaku gangguan trafik antara Wilmslow dan Hale.

Kereta Ferrari 599 GTB Fiorano Spider yang berharga 200,000 pound itu menghentam dinding lorong pejalan kaki yang mengarah ke pintu kecemasan selepas salah satu tayarnya pecah secara tiba-tiba.

Difahamkan, Ronaldo berhadapan dengan bayaran 20,000 pound untuk membaiki kerosakan yang berlaku.

Jurucakap Lapangan Terbang Manchester berkata, “Sebahagian dari struktur lapangan terbang ini mengalami kerosakan terutama di kawasan kemalangan dan ia sesuatu yang normal pihak kami membuat tuntutan insuran kepada pihak yang terlibat.”

Ronaldo, 23, sedang dalam perjalanan ke tempat latihan Manchester United berdekatan Sale apabila kemalangan itu berlaku pada 8 Januari pada pukul 10.20 pagi.

Rakan sepasukannya, Edwin van der Sar yang berada di belakangnya ketika kemalangan itu berlaku kemudiannya telah menumpangkan Ronaldo untuk ke tempat latihan.

Rate this:
2.5

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)