Ronaldo – Kejayaan Real Madrid Kelak Bukan Kerana Seorang Pemain.
Cristiano Ronaldo menolak cakap-cakap yang dia akan memimpin Real Madrid memacu kejayaan di peringkat Eropah musim depan.
Bagaimanapun, pemain paling mahal di dunia itu dengan nilai 80 juta pound mengakui yang impiannya adalah sekali lagi merangkul kejuaraan Liga Juara Eropan yang dimenanginya bersama Manchester United musim lalu dan akan melakukan segala yang terdaya untuk mencapainya.
Madrid pernah merangkul kejuaraan di peringkat Eropah sebanyak sembilan kali pada zaman kegemilangannya tetapi merosot sejak kebelakangan ini, gagal melepasi fasa kalah mati 16 pasukan pada lima musim terakhir ini.
Ronaldo berkata demikian ketika diperkenalkan kepada para penyokong dan pihak media di Bernabeu. Lebih kurang 80,000 penyokong hadir membanjiri stadium, jumlah terbesar sejak 75,000 penyokong hadir ketika Diego Maradona tiba di Napoli dari Barcelona pada 1984.
“Saya amat gembira berada di sini,” kata Ronaldo. “Bagi saya, impian saya untuk bermain dengan Real Madrid sejak kecil kini menjadi kenyataan. Tiada apa yang menggembirakan selain dapat bermain dengan kelab ini.”









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.