Robinho Yakin City Boleh Atasi United.
Robinho yakin Manchester City tetap mampu untuk menyaingi jirannya, Manchester United dalam pemburuan gelaran juara EPL pada masa akan datang. Walaupun tewas 0-1 kepada jirannya itu dalam saingan EPL Ahad lalu namun Robinho optimis bahawa impian itu boleh dicapai dengan kemampuan kewangan yang dimiliki kelab itu.
Pemain Brazil itu juga mendakwa bahawa Chelsea kerugian besar kerana gagal memilikinya dari Real Madrid setelah dia membuat kejutan memilih Manchester City dengan nilai perpindahan 32 juta pound yang merupakan rekod perpindahan EPL pada musim panas lalu.
Pemain 24 tahun itu telahpun memberikan impak kepada City, menjaringkan lapan gol setakat ini termasuk gol cantik ketika menentang Arsenal minggu lalu.
Kini Robinho percaya yang mereka boleh mengikuti jejak kelab besar seperti Manchester United selepas pengambilalihan kelab itu oleh Konsortium Abu Dhabi. Selepas Robinho, Kaka pula dikatakan berminat untuk menyertai City.
Kata Robinho, “Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Manchester City mungkin tergolong dalam pasukan kecil tetapi dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang, siapa tahu?”
“Tiga atau empat tahun sebelum ini Chelsea merupakan sebuah pasukan kerdil namun sekarang mereka antara pasukan yang digeruni. Apa sahaja boleh berlaku.”
“Kami mempunyai cita-cita besar dan Manchester City akan membangun dengan pesat pada masa akan datang.”
Robinho ketika ditanya tentang masa depannya bersama kelab itu menjawab, “Yang hamya ada dalam fikiran saya adalah untuk berada di sini selama beberapa tahun.”
“Tahun hadapan, matlamat kami adalah layak ke saingan Liga Juara Eropah.”
Robinho pada asalnya berkeinginan untuk berpindah ke Stamford Bridge tetapi dakwanya segalanya berubah apabila Chelsea memaparkan gambar jersi yang tertera namanya dalam laman web rasmi mereka sebelum sebarang perjanjian dimuktamadkan.
“Itu adalah salah Chelsea,” tambah Robinho.
“Semuanya berjalan lancar tetapi Chelsea meletakkan gambar saya dalam laman web mereka dan ini mengecewakan Real Madrid.”
“Mereka tidak mahu menjual saya kepada Chelsea kerana mereka terlibat dalam saingan Liga Juara Eropah dan kehadiran saya pasti akan menambah kekuatan Chelsea.”
Robinho juga mendakwa bahawa dia menerima layanan buruk dari Real selepas laporan mengatakan yang dia bakal menjadi pemain pertukaran yang membolehkan Cristiano Ronaldo akan ke Barnebeu manakala dia akan ke arah bertentangan.
“Keadaan tidak berakhir seperti mana sepatutnya kerana pihak pengurusan tidak menerima maklumat secukupnya,” tambah Robinho lagi.
“Saya tahu nilai saya dan saya tidak rasa saya patut menyentuh tentang nilai pemain lain.”
“Sekali pemain tahu bahawa dia bakal menjadi sebahagian daripada rancangan pertukaran pemain, apa lagi yang mereka rasakan?”
“Itu bukan caranya untuk menganiaya pemain.”
| 3.1 |























No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.