Robinho Bakal Kembali Ke Santos ?
Kelab Brazil, Santos mengesahkan yang pihak mereka telah menghantar wakil ke England untuk berbincang dengan Manchester City tentang keinginan kelab itu mendapatkan khidmat Robinho secara pinjaman.
Pengurus City, Roberto Mancini beberapa kali menegaskan tetap memerlukan khidmat penyerang Brazil itu tetapi Santos beranggapan pinjaman pemain itu selama enam bulan sudah memadai buat kelab itu.
Pegawai media Santos, Arnaldo Hase berkata dua wakil kelab itu telah terbang ke London untuk berbincang dengan pengurusan City pada hari Isnin dan Selasa lalu.
“Dalam tawaran kami, Santos akan menanggung gaji Robinho. Pemain itu ada memberitahu kami yang dia sanggup menerima nilai yang kurang daripada apa yang diperolehinya di Manchester,” kata Hase.
Mancini pula mengharapkan yang pemain antarabangsa Brazil itu akan kekal di Eastlands selepas menyaksikan Robinho menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Scunthorpe dalam saingan Piala FA yang dimenangi City 4-2.









































No Comments »
No comments yet.
RSS feed for comments on this post. TrackBack URI
Leave a comment
If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.