IKLANKAN PRODUK ANDA! PAKEJ ISTIMEWA - RM10 PADA BULAN PERTAMA DAN RM20 PADA BULAN SETERUSNYA. HUBUNGI KAMI DI 019-2482462 ATAU E-MEL riezersharif@yahoo.com.
Powered by MaxBlogPress  

Roberto Mancini Diumum Pengendali Baru Manchester City.

Manchester City secara rasmi mengumumkan Roberto Mancini sebagai pengurus baru kelab itu, dengan mensasarkan kedudukan selaku empat pasukan terbaik EPL musim ini.

Warga Itali itu, yang pernah bermain dengan Leicester City sepuluh tahun lalu, memberitahu yang beliau telah menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dan menegaskan beliau sudah bersedia untuk menerima cabaran yang bakal mendatang.

“Sasaran saya musim ini adalah menduduki kelompok empat kelab terbaik. Kemudian, musim depan kami akan cuba merebut gelaran liga. Itu adalah sasaran saya dan saya fikir perkara itu tidak mustahil,” kata Mancini.

“Saya fikir saya ingin kekal di sini buat beberapa tahun dan memenangi lebih banyak trofi. City mempunyai penyokong yang hebat dan saya harap kami dapat memenuhi impian mereka”, tambah Mancini. “Saya rasa kami akan dapat melakukan yang terbaik kerana kami mempunyai barisan pemain yang baik.”

Bekas jurulatih Lazio itu akan turun ke padang latihan bersama para pemain City pada hari Isnin dan Mancini berkata yang beliau akan menggunakan sepenuhnya pemain yang ada dan akan memikirkan sekiranya perlu membawa masuk pemain baru pada masa akan datang.

Ujian pertama Mancini adalah perlawanan menentang Stoke hari Sabtu ini di Eastlands, disusuli dengan kunjungan ke Wolverhampton dan perlawanan ketiga adalah dalam saingan Piala FA menentang Middlesbrough.

No Comments »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

If you want to leave a feedback to this post or to some other user´s comment, simply fill out the form below.

(required)

(required)